kehidupan.

dalam dunia ni
tak semua benda yang kita sayang
akan jadi milik kita

ada masa
kita terpaksa melepaskan dia
kerana itu yang terbaik buat dia
tak semestinya, melepaskan tanda kita tidak sayang
malah, disebabkan terlalu sayang, kita terpaksa lepaskan
walaupun perit, sakit

cukup melihat dia tersenyum bahagia
walaupun aku sakit, terseksa melalui hari-hari ku
tanpa dia
tapi apakan daya, kebahagiaan dia adalah segalanya
aku sanggup korbankan apa sahaja
untuk melihat dia bahagia

gelak tawanya, senyumannya adalah syurga buatku
cukup sekadar melihat dia dari jauh
sekurang-kurangnya aku tahu dia bahagia

aku berdoa agar tuhan kekalkan senyuman itu di bibirnya
memberinya kebahagiaan yang tiada ganti
kehidupannya yang penuh dengan kasih dan sayang

terbanglah sayang setinggi mana yang kau mahu
janji kau bahagia
hanya itu yang aku mahu
akan aku sambut kau dari bawah
kerana itu adalah janji aku
jangan risau sayang